Saturday, March 29, 2014

#MH370 Teknologi Satelit AS lebih teruk berbanding Thailand? Latheefa Sonar lebih hebat?



Satelit Thailand, China, Jepun, Australia dan Malaysia dapat mengesan serpihan-serpihan yang berkemungkinan dari MH370. Hairan - kenapa satelit USA tidak dapat mengesannya? 



Amerika Syarikat (AS) juga nampaknya kurang berminat untuk mencari MH370. Hanya sebuah pesawat P8 Poseidon sahaja yang dikerahkan untuk membantu usaha mencari dan menyelamat ini. Selalunya AS lah yang paling sibuk dan menyibuk dalam hal-hal berkaitan negara-negara lain. Kenapa tiba-tiba AS tidak berminat?



Thailand mengesan 300 objek dan ahari ini satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.

Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.



Biarpun Pasukan SAR MH370 terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang dan teknologi satelit yang begitu canggih, MH370 masih tidak boleh ditemui.

Hairannya, di Malaysia pemimpin-pemimpin pembangkang dikatakan mempunyai bakat dan kebolehan untuk mencari MH370 dengan lebih cepat dan pantas daripada SAR Team MH370 dan pakar-pakar seperti daripada InMarsat...

Tak percaya? lihat dan baca di bawah - 



Media preview

Lim Lip Eng - Fastest and Simplest Way to Find MH370 for Dummy 101






Bolehkah Lathhefa Sonar mencari MH370 dengan hanya menjerit sekuat-kuat hati macam Banshee Mutan X-Men ?

No comments:

Popular Posts